TEMPOH MENUNGGU KAD PERUBATAN
Hari Pertama (Berkuatkuasa)
•Jika berlaku kemalangan yang memerlukan rawatan di wad, YES! Kad perubatan akan mengeluarkan GL, dan bil akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat melalui pelan cashless atau deduktibel.
Selepas 30 Hari
•Kad perubatan boleh digunakan untuk rawatan seperti demam, jangkitan virus, denggi, dan bronkitis.
120 Hari Pertama
•Dalam tempoh 120 hari ini, kad perubatan tidak boleh digunakan untuk penyakit tertentu (specified illness) dan 45 jenis Penyakit Kritikal (CI) sahaja. Contoh penyakit tertentu ialah tonsil, cyst, ENT, sistem biliari, dan beberapa lagi.
Hari ke-121 hingga Tahun ke-2
•Tempoh ini dikenali sebagai “contestable period” atau tempoh tuntutan awal.
•Dalam tempoh ini, semua kes warded akibat kemalangan atau penyakit biasa selepas 30 hari masih boleh menggunakan kad perubatan seperti biasa.
•Namun, bagi penyakit tertentu atau CI, kebarangkalian tinggi (99%) GL tidak akan diluluskan. Kes ini akan melalui proses siasatan dan memerlukan pembayaran dahulu, kemudian boleh dituntut semula.
•Proses siasatan mengambil masa 90 hari, di mana syarikat akan melakukan penyiasatan di klinik, hospital kerajaan, atau hospital swasta berdekatan dengan alamat pelanggan.
•Dalam tempoh 90 hari ini, kad perubatan tidak boleh digunakan; ini disebut sebagai “polisi holiday”. Kad perubatan hanya boleh digunakan semula setelah siasatan selesai atau kes ditutup.
Selepas 2 Tahun
•Selepas kad perubatan mencapai usia 2 tahun, kad dianggap matang dan tiada lagi siasatan akan dilakukan oleh pihak syarikat. Ini bermaksud, GL akan terus dikeluarkan untuk semua jenis rawatan atau penyakit.
Penting: Jika sijil anda lapse atau terhenti walaupun medical card sudah matang, tempoh bertenang akan bermula semula dari kosong apabila sijil diaktifkan semula.
https://dericting.com/kad-perubatan-perlindungan-tinggi-2-1juta-mampu-milik/
Leave a Reply