Tentang Deric Ting

Misi Deric Ting, Inspirasi Anda

Deric Ting berpegang teguh pada misinya yang jelas dan bermakna: membantu setiap individu memiliki perancangan kewangan yang lengkap, berlandaskan prinsip perlindungan yang kukuh.

Di samping itu, beliau juga komited dalam membimbing setiap ejen Takaful di bawah bimbingannya untuk mencapai kecemerlangan luar biasa dalam masa yang singkat.

Dengan pendekatan yang penuh dedikasi, Deric Ting memastikan bahawa bukan sahaja para pelanggan menikmati perlindungan terbaik, tetapi juga para ejennya berjaya dalam kerjaya dan mencipta impak yang berpanjangan dalam industri.

Latar Belakang Deric Ting

Deric Ting merupakan seorang muallaf yang menjadikan Islam sebagai panduan hidupnya, di mana setiap langkah diatur dengan nilai-nilai yang dipegang teguh.

Bagi beliau, Takaful bukan sekadar kerjaya, tetapi juga cara untuk berdakwah dan menyebarkan kebaikan.

Melalui Takaful, beliau dapat membantu lebih ramai individu memahami kepentingan perlindungan kewangan yang berlandaskan prinsip Syariah, sambil menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Islam adalah cara hidup Deric Ting, dan Takaful adalah jalan dakwah yang dipilihnya.

Perjalanan Sebelum Industri Insuran Takaful

Sebelum menceburi industri Takaful, Deric Ting membina kerjaya yang mantap dalam industri pembinaan, dari tahun 2009 hingga 2016, sebagai Pengurus Makmal Ujian Bahan Pembinaan.

Namun, setelah tujuh tahun, beliau membuat keputusan berani untuk meninggalkan bidang tersebut setelah menemui misi yang lebih besar – membantu orang ramai mendapatkan perlindungan kewangan yang sewajarnya melalui Takaful.

Keputusan ini bukan sekadar perubahan kerjaya, tetapi transformasi yang selaras dengan nilai-nilai peribadi dan matlamat hidupnya yang lebih bermakna.

Gambar 2015

Titik Perubahan Dalam Hidup

Pada tahun 2016, Deric Ting memulakan langkah pertama dalam dunia insurans Takaful dengan matlamat yang jelas dan penuh makna.

Inspirasi beliau datang daripada pengalaman peribadi apabila mak ciknya disahkan menghidap kanser paru-paru pada tahun 2015.

Peristiwa ini menjadi titik perubahan dalam hidupnya, menyemarakkan tekadnya untuk membantu lebih ramai orang mendapatkan perlindungan Takaful yang sesuai dan menyelamatkan mereka daripada beban kewangan di masa-masa sukar.

Sejak itu, Deric Ting telah berikrar untuk menjadikan perkhidmatan beliau sebagai alat untuk memberikan ketenangan fikiran dan perlindungan kepada setiap keluarga yang dibantu.

Pencapaian Deric Ting

Pada tahun 2020, Deric Ting diberi pengiktirafan sebagai Naib Juara Keseluruhan Malaysia Rookie Kategori AXA Affin Life – sebuah pencapaian luar biasa yang menjadi permulaan kisah kejayaan beliau.

Dengan dedikasi yang luar biasa dan semangat tidak berbelah bahagi, beliau mencipta rekod tersendiri apabila dinaikkan pangkat sebagai Business Director dalam masa yang tersingkat di ALC Takaful.

Keberhasilan beliau tidak hanya terhenti di situ. Dalam peranan barunya, Deric Ting berjaya membimbing lebih daripada 10 ejen untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam industri takaful.

Kepimpinan beliau yang berwawasan telah mencorakkan laluan kejayaan bagi ejen-ejen yang dipimpinnya.

Lebih mengagumkan, Deric Ting telah membantu lebih daripada 200 keluarga dalam perancangan kad perubatan dan hibah, dengan memastikan setiap tuntutan yang dibuat dilunaskan tanpa gagal – rekod sempurna yang jarang dicapai dalam industri ini.

Klien-kliennya, yang sangat berpuas hati dengan komitmen beliau, telah menggelarkan beliau sebagai “Jurutera Claim” – satu gelaran yang tepat menggambarkan tahap keprihatinan dan dedikasi beliau terhadap kepuasan pelanggan.

Pencapaian Terkini

Kini, Deric Ting dengan bangganya menjadi sebahagian daripada Prestige Legacy, agensi nombor 1 di Great Eastern Takaful.

Pencapaian terkininya sebagai Top 5 Producer di Prestige Legacy untuk separuh pertama tahun 2024 membuka lebih banyak peluang untuk beliau terus melonjak lebih tinggi.

Menjelang September 2024, satu lagi pencapaian besar dilakar apabila Deric Ting dinaikkan pangkat sebagai Aspirant Unit Manager 2025, yang dicapai dalam tempoh kurang setahun!

Ini membuktikan bahawa dengan usaha gigih, dedikasi, dan kepimpinan yang berwawasan, tiada apa yang mustahil untuk dicapai.

Kejayaan Deric Ting adalah inspirasi buat semua, dan perjalanan hebatnya ini baru sahaja bermula.