TEMPOH MENUNGGU DALAM HIBAH TAKAFUL
Hibah takaful tidak mempunyai tempoh menunggu secara rasmi. Namun, untuk tuntutan kematian yang bukan akibat kemalangan, tuntutan tersebut akan melalui proses siasatan terlebih dahulu.
Biasanya, jika sijil hibah takaful masih berusia kurang daripada 5 tahun, proses siasatan dijalankan sebelum tuntutan dapat diluluskan. Proses ini penting bagi memastikan tiada unsur penipuan atau maklumat yang tidak diisytiharkan sewaktu permohonan, serta bagi mengesahkan tuntutan tersebut memenuhi syarat yang ditetapkan dalam sijil takaful.
Selepas tempoh 5 tahun, kebanyakan syarikat takaful akan mempercepatkan proses tuntutan tanpa perlu melalui siasatan yang mendalam, asalkan semua maklumat dan dokumen yang diperlukan telah lengkap. Ini memudahkan waris untuk menerima manfaat hibah dengan lebih cepat pada saat mereka memerlukannya.
https://dericting.com/hibah-takaful-250k-hingga-1-5juta-mampu-milik/
Leave a Reply